Sunday 2 December 2012

Jenis Ujian Kehilangan Pendengran



Terdapat pelbagai bentuk ujian pendengaran yang digunakan oleh pakar perubatan mengikut keperluan dan kesesuaian kanak-kanak. Ujian tersebut dilakukan oleh ahli audiologi yang bertauliah menggunakan peralatan berteknologi tinggi.  Di bawah ini saya telah sertakan beberapa jenis ujian pendengaran sebagai rujukan bersama.. Selamat membaca :) ..




UJIAN PENDENGARAN


PENERANGAN



Crib-o-gram

Ujian ini dijalankan sebagai saringan dan digunakan di hospital bagi menguji kehilangan pendengaran pada bayi yang baru lahir atau sedang berada di dalam rawatan rapi. Ukuran yang terhasil tidak tepat kerana bayi yang baru lahir tidak bertindak balas pada bunyi perlahan contohnya bisikan. Ukuran yang diberikan daripada ujian ini sekadar memberi gambaran kasar tentang kehilangan pendengaran bayi


Behavioral observation audiometry (BOA)


Ujian ini dijalankan melalui pemerhatian tindak balas bayi terhadap bunyi


Ujian Sound Field


Memperkenalkan ujian pendengaran dari ransangan bunyi tanpa melalui earphone atau dalam keadaan terbuka.


Ujian play audiometry

Semasa ujian ini berlansung, kanak-kanak akan duduk bersama ibu atau individu lain yang rapat dengannya. Penguji akan menggunakan boneka untuk menarik pemerhatian kanak-kanak tersebut dan kemudian ransangan bunyi akan diberikan.


Ujian bunyi tulen (pure sound)

Ujian ini sesuai dijalankan kepada kanak-kanak yang berusia lebih dari 0 bulan. Hasil ujian ini boleh direkodkan dalam audiogram. ( bagi bayi yang berusia  0 – 24 bulan, alat yang dikenali sebagai  pediatric audiometer akan digunakan.


Visual reinforcement audiometry (VRA)


Ujian ini melibatkan pengukuhan tindak balas menggunakan ransangan penglihatan ( bagi bayi yang baru lahir )




Auditory brainstem response (ABR)

Ujian ini menggunakan ransangan mengenai laluan saraf pendengaran ( bagi bayi yang baru lahir )


Ujian Audiometer

Ujian ini boleh digunakan kepada kanak-kanak yang boleh memberi tindak balas ( umur 4 tahun ke atas ) dan orang dewasa. Alat yang digunakan ialah audiometer.  Dijalankan dalam bilik senyap oleh pakar. Ujian ini dapat mengukur kehilangan pendengaran yang tepat. Pesakit diperkenalkan dengan ransangan bunyi tulen pada frekuensi 250 Hz, 500 Hz, 1000 Hz, 2000 Hz, 4000 Hz dan 8000 Hz pada kekuatan bunyi dari 10 dB hingga 110 dB. Hasil ujian dapat menentukan kehilangan pendengaran sebenar.



















I Love Special Education ^__^

Bahasa Isyarat




Hari ni, sy nk kogsikan dengan kawan- kawan semua Bahasa Isyarat.. Macam mana nak wt huruf A-Z dan nombor 1-10 dalam bahasa isyarat..meh la tengok ramai2.. ;)


Ni untuk huruf A - Z..Mari kita blajar buat sama2 k..





Dah cuba buat blom huruf  di atas? Kalau sudah, mari kita buat nombor pulak.. Ikut contoh kat bawah ni ye.. ;)















I Love Special Education ^__^

Wednesday 28 November 2012

Ahli Syurga








* Kanak - kanak Istimewa pon Ahli Syurga jgk.. Ingat ye.. :)

















I Love Special Education ^__^

Thursday 22 November 2012

Ciri Kanak-Kanak yang Mengalami Masalah Pendengaran






Oh ya..hari ni saya nk kongsikan dengan semua orang ciri - ciri kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran.. So, marilah kita sama2 check diri masing2..manalah tahu kn, kot2 da jgk ciri -ciri yg sama.. slamat membaca ye.. :)








Masalah Pendengaran Konduktif

- Boleh mendengar sebahagian bunyi pertuturan sahaja
- Mendengar suara sendiri atau orang lain melalui tulang ( bone conduction )




Masalah Pendengaran Sensorinueral

- Tidak boleh mendengar bunyi pertuturan langsung
- Hanya mendengar bunyi yang kuat sahaja
- Kerap menghasilkan nada suara yang tinggi dan tidak difahami




Masalah Pendengaran Bercampur

- Mengalami kehilangan pendengaran yang sangat teruk
- Tidak dapat mendengar bunyi pertuturan biasa
- Hanya dapat mengesan bunyi yang sangat kuat
















Telinga adalah salah satu deria yang paling berharga.. Bersyukurlah kita masih dapat merasa nikmat ini..
Alhamdulillah :)






I Love Special Education ^__^

Saturday 17 November 2012

Anatomi Telinga




Hari ni kita belajar pasal anatomi telinga plk ye kwn2..  ;)





Telinga Luar


- Cuping Telinga ( Pinna )
- Salur Telinga Luar
- Gegendang Telinga



Telinga Tengah


- Tulang Oksikel (Tukup, Rakap, Andas )
- Jendela Bujur
- Salur Eustachian




Telinga Dalam 


- Koklea













I Love Special Education ^__^

Thursday 15 November 2012

Punca Masalah Pendengaran

Hai.... :)


Dlm entri yg lepas sy dh cerita tentang jenis-jenis masalah pendengaran kn.. so, hari ni sy nk kogsikan plk sebab atau punca berlakunya masalah pendengaran tersebut..Mari baca ramai2..hehe




Punca Masalah Pendengaran Konduktif



  • Halangan dalam salur telinga luar akibat sekatan benda asing atau pengumpulan tahi telinga (serumin ) yang banyak
  • Kemalangan yg menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga akibat daripada tekanan yang terlalu kuat seperti bunyi letupan atau jolokan benda tajam / keras pada gegendang
  • Ketumbuhan tetulang halus ( otosklerosis ) pada stapes
  • Jangkitan kronik terhadap lapisan telinga luar atau dalam yg dikenali sebagai otittis media dan otitia External


Punca Masalah Pendengaran Sensorinueral / Saraf


  • Jangkitan kepada janin dalam kandungan
- Jangkitan virus atau bakteria contohnya ibu menghidap penyakit rubella semasa 3 bulan pertama mengandung
- Jangkitan virus oleh penyakit kelamin seperti herpes simplex, gonorhea dan siplis
- Kesan pengambilan dadah seperi lakohol, aspirin kafein dan lain-lain


  • Berlaku semasa kelahiran
- Bayi lahir tidak cukup bulan / kurang berat badan
- Bayi mengalami anoksia ( kekurangan oksigen )
- Bayi menghidap jaundis ( demam kuning )

  • Berlaku selepas kelahiran
- Kemalangan yang teruk yang menyebabkan kerosakan pada koklea
- Meningitis ( demam yang teruk disebabkan oleh selaput yang meliputi otak dan saraf tunjang )
- Bunyi bising yang sangat kuat secara berterusan
-Pengambilan bahan ototoxic tau beracun seperti streptomycin, neomycin dan kanamycin
-Presbyacucis ( kehilanagan pendengaran disebabkan faktor ketuaan
- Penyakit Meniere




  • Punca Masalah Pendengaran Bercampur
- berlaku hasil daripada kedua-dua faktor iaitu kerosakan yang berlaku dalam masalah pendengaran konduktif dan sensori nueral.











Jgn lupa komen ye.. ;)







I Love Special Education ^__^

Monday 12 November 2012

Klasifikasi Masalah Pendengaran


Hai semua.. 

Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk melaksanakan tugasan Teknologi Pendidikan Hari ini.. :)

Oh ya..hari ini saya nak kongsikan dengan kawan-kawan semua klasifikasi kehilangan pendengaran ..
 Kawan - kawan boleh rujuk jadual di bawah ye..






I Love Special Education ^__^