Terdapat pelbagai bentuk ujian pendengaran yang digunakan oleh pakar perubatan mengikut keperluan dan kesesuaian kanak-kanak. Ujian tersebut dilakukan oleh ahli audiologi yang bertauliah menggunakan peralatan berteknologi tinggi. Di bawah ini saya telah sertakan beberapa jenis ujian pendengaran sebagai rujukan bersama.. Selamat membaca :) ..
UJIAN PENDENGARAN
|
PENERANGAN
|
Crib-o-gram
|
Ujian ini dijalankan sebagai saringan dan
digunakan di hospital bagi menguji kehilangan pendengaran pada bayi yang baru
lahir atau sedang berada di dalam rawatan rapi. Ukuran yang terhasil tidak
tepat kerana bayi yang baru lahir tidak bertindak balas pada bunyi perlahan
contohnya bisikan. Ukuran yang diberikan daripada ujian ini sekadar memberi
gambaran kasar tentang kehilangan pendengaran bayi
|
Behavioral observation audiometry (BOA)
|
Ujian ini dijalankan melalui pemerhatian
tindak balas bayi terhadap bunyi
|
Ujian Sound Field
|
Memperkenalkan ujian pendengaran dari
ransangan bunyi tanpa melalui earphone atau dalam keadaan terbuka.
|
Ujian play audiometry
|
Semasa ujian ini berlansung, kanak-kanak
akan duduk bersama ibu atau individu lain yang rapat dengannya. Penguji akan
menggunakan boneka untuk menarik pemerhatian kanak-kanak tersebut dan
kemudian ransangan bunyi akan diberikan.
|
Ujian bunyi tulen (pure sound)
|
Ujian ini sesuai dijalankan kepada
kanak-kanak yang berusia lebih dari 0 bulan. Hasil ujian ini boleh direkodkan
dalam audiogram. ( bagi bayi yang berusia
0 – 24 bulan, alat yang dikenali sebagai pediatric audiometer akan digunakan.
|
Visual reinforcement audiometry (VRA)
|
Ujian ini melibatkan pengukuhan tindak
balas menggunakan ransangan penglihatan ( bagi bayi yang baru lahir )
|
|
|
Auditory brainstem response (ABR)
|
Ujian ini menggunakan ransangan mengenai
laluan saraf pendengaran ( bagi bayi yang baru lahir )
|
Ujian Audiometer
|
Ujian ini boleh digunakan kepada
kanak-kanak yang boleh memberi tindak balas ( umur 4 tahun ke atas ) dan
orang dewasa. Alat yang digunakan ialah audiometer. Dijalankan dalam bilik senyap oleh pakar.
Ujian ini dapat mengukur kehilangan pendengaran yang tepat. Pesakit
diperkenalkan dengan ransangan bunyi tulen pada frekuensi 250 Hz, 500 Hz,
1000 Hz, 2000 Hz, 4000 Hz dan 8000 Hz pada kekuatan bunyi dari 10 dB hingga
110 dB. Hasil ujian dapat menentukan kehilangan pendengaran sebenar.
|
No comments:
Post a Comment