* Kanak - kanak Istimewa pon Ahli Syurga jgk.. Ingat ye.. :)
Wednesday, 28 November 2012
Ahli Syurga
Posted by
Unknown
at
23:18
http://dl6.glitter-graphics.net/pub/1707/1707266rzpanswhs8.gif
http://dl6.glitter-graphics.net/pub/1707/1707266rzpanswhs8.gif
No comments:
Thursday, 22 November 2012
Ciri Kanak-Kanak yang Mengalami Masalah Pendengaran
Oh ya..hari ni saya nk kongsikan dengan semua orang ciri - ciri kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran.. So, marilah kita sama2 check diri masing2..manalah tahu kn, kot2 da jgk ciri -ciri yg sama.. slamat membaca ye.. :)
Masalah Pendengaran Konduktif
- Boleh mendengar sebahagian bunyi pertuturan sahaja
- Mendengar suara sendiri atau orang lain melalui tulang ( bone conduction )
Masalah Pendengaran Sensorinueral
- Tidak boleh mendengar bunyi pertuturan langsung
- Hanya mendengar bunyi yang kuat sahaja
- Kerap menghasilkan nada suara yang tinggi dan tidak difahami
Masalah Pendengaran Bercampur
- Mengalami kehilangan pendengaran yang sangat teruk
- Tidak dapat mendengar bunyi pertuturan biasa
- Hanya dapat mengesan bunyi yang sangat kuat
Telinga adalah salah satu deria yang paling berharga.. Bersyukurlah kita masih dapat merasa nikmat ini..
Alhamdulillah :)
Posted by
Unknown
at
22:43
http://dl6.glitter-graphics.net/pub/1707/1707266rzpanswhs8.gif
http://dl6.glitter-graphics.net/pub/1707/1707266rzpanswhs8.gif
No comments:
Saturday, 17 November 2012
Anatomi Telinga
Hari ni kita belajar pasal anatomi telinga plk ye kwn2.. ;)
Telinga Luar
- Cuping Telinga ( Pinna )
- Salur Telinga Luar
- Gegendang Telinga
Telinga Tengah
- Tulang Oksikel (Tukup, Rakap, Andas )
- Jendela Bujur
- Salur Eustachian
- Tulang Oksikel (Tukup, Rakap, Andas )
- Jendela Bujur
- Salur Eustachian
Telinga Dalam
- Koklea
Posted by
Unknown
at
22:05
http://dl6.glitter-graphics.net/pub/1707/1707266rzpanswhs8.gif
http://dl6.glitter-graphics.net/pub/1707/1707266rzpanswhs8.gif
No comments:
Thursday, 15 November 2012
Punca Masalah Pendengaran
Hai.... :)
Dlm entri yg lepas sy dh cerita tentang jenis-jenis masalah pendengaran kn.. so, hari ni sy nk kogsikan plk sebab atau punca berlakunya masalah pendengaran tersebut..Mari baca ramai2..hehe
Punca Masalah Pendengaran Konduktif
- Halangan dalam salur telinga luar akibat sekatan benda asing atau pengumpulan tahi telinga (serumin ) yang banyak
- Kemalangan yg menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga akibat daripada tekanan yang terlalu kuat seperti bunyi letupan atau jolokan benda tajam / keras pada gegendang
- Ketumbuhan tetulang halus ( otosklerosis ) pada stapes
- Jangkitan kronik terhadap lapisan telinga luar atau dalam yg dikenali sebagai otittis media dan otitia External
Punca Masalah Pendengaran Sensorinueral / Saraf
- Jangkitan kepada janin dalam kandungan
- Jangkitan virus atau bakteria contohnya ibu menghidap penyakit rubella semasa 3 bulan pertama mengandung
- Jangkitan virus oleh penyakit kelamin seperti herpes simplex, gonorhea dan siplis
- Kesan pengambilan dadah seperi lakohol, aspirin kafein dan lain-lain
- Berlaku semasa kelahiran
- Bayi lahir tidak cukup bulan / kurang berat badan
- Bayi mengalami anoksia ( kekurangan oksigen )
- Bayi menghidap jaundis ( demam kuning )
- Berlaku selepas kelahiran
- Kemalangan yang teruk yang menyebabkan kerosakan pada koklea
- Meningitis ( demam yang teruk disebabkan oleh selaput yang meliputi otak dan saraf tunjang )
- Bunyi bising yang sangat kuat secara berterusan
-Pengambilan bahan ototoxic tau beracun seperti streptomycin, neomycin dan kanamycin
-Presbyacucis ( kehilanagan pendengaran disebabkan faktor ketuaan
- Penyakit Meniere
- Punca Masalah Pendengaran Bercampur
- berlaku hasil daripada kedua-dua faktor iaitu kerosakan yang berlaku dalam masalah pendengaran konduktif dan sensori nueral.
Jgn lupa komen ye.. ;)
Posted by
Unknown
at
21:38
http://dl6.glitter-graphics.net/pub/1707/1707266rzpanswhs8.gif
http://dl6.glitter-graphics.net/pub/1707/1707266rzpanswhs8.gif
No comments:
Monday, 12 November 2012
Klasifikasi Masalah Pendengaran
Hai semua..
Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk melaksanakan tugasan Teknologi Pendidikan Hari ini.. :)
Oh ya..hari ini saya nak kongsikan dengan kawan-kawan semua klasifikasi kehilangan pendengaran ..
Kawan - kawan boleh rujuk jadual di bawah ye..
Posted by
Unknown
at
19:45
http://dl6.glitter-graphics.net/pub/1707/1707266rzpanswhs8.gif
http://dl6.glitter-graphics.net/pub/1707/1707266rzpanswhs8.gif
No comments:
Wednesday, 7 November 2012
Jenis Masalah Pendengaran
Hai semua....
Untuk pengetahuan anda, saya telah mengambil pengkhususan Masalah Pendengaran pada semester ini.. Jadi, kebanyakkana entri saya dalam blog ini akan berkisar tentang Masalah Pendengaran lah ye..hehe
Ok..sebelum memulakan cerita saya yang panjang lebar ni, mari saya kongsikan dulu erti atau definisi Masalah Pendengaran.
Terdapat
pelbagai istilah yang digunakan untuk merujuk golongan yang mengalami masalah
pendengaran. Istilah-istilah yang sering digunakan ialah pekak dan bisu, cacat
pendengaran, kurang pendengaran, tuli, kurang upaya pendengaran, pekak badak
dan tuna pendengaran. Penggunaan istilah yang berbeza-beza ini telah
menimbulkan kekeliruan kepada pelbagai pihak khususnya masyarakat. Walau
bagaimanapun, istilah-istilah tersebut merujuk kepada kumpulan kanak-kanak atau
pelajar-pelajar yang sama iaitu mereka yang bermasalah pendengaran
Masalah
pendengaran sebagaimana yang didefinisikan oleh Akta Pendidikan Individu dengan
Ketidakupayaan (Individuals with Disabilities Education Act, IDEA)
bererti "masalah pendengaran yang sangat teruk sehingga kanak-kanak tidak
berupaya memproses maklumat linguistik menerusi pendengaran sama ada dengan
amplifikasi atau tidak yang seterusnya mengganggu pencapaian
pendidikannya". Seseorang yang mengalami masalah pendengaran secara amnya
akan menggunakan alat bantu pendengaran dan mempunyai sisa pendengaran yang
mencukupi untuk membolehkannya berjaya memproses maklumat linguistik menerusi
pendengaran. (Brill, MacNeil & Newman, 1986).
Untuk pengetahuan anda, terdapat 3 jenis masalah penedengaran iaitu :
- Masalah Pendengaran jenis Konduktif :
Merupakan masalah pendengaran yang berlaku akibat daripada wujudnya gangguan, halangan ataupun kerosakan pada bahagian telinga luar dan telinga tengah sahaja. Bahagian telinga luar masih berfungsi dengan baik serta dapat memproses serta dapat mengahnatar bunyi melalui saraf pendengaran ke otak..
- Masalah Pendengaran Jenis Sensorinueral / Saraf :
Berlaku disebabkan oleh kerosakan yang berlaku di bahagian telinga dalam dan saraf pendengaran. Istilah sensorinueral merujuk kepada kerosakan yang berlaku pada sensori yang melibatkan koklea atau saraf yang menjadi laluan ke otak. Kehilangan pendengaran yang berlaku adalah bersifat kekal.
- Masalah Pendengaran Bercampur
Melibatkan kehilangan pendengaran konduktif dan sensori nueral. Individu yang mengalami masalah pendengaran jenis ini tergolong dalam kategori sangat teruk dan perlu menerima pendidikan di sekolah pendidikan khas.
Posted by
Unknown
at
19:28
http://dl6.glitter-graphics.net/pub/1707/1707266rzpanswhs8.gif
http://dl6.glitter-graphics.net/pub/1707/1707266rzpanswhs8.gif
No comments:
Tuesday, 6 November 2012
Sejarah Pendidikan Khas di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis adalah seperti berikut: | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pendidikan Masalah Penglihatan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pendidikan Masalah Pendengaran | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Program Percantuman/Inklusif | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Posted by
Unknown
at
22:45
http://dl6.glitter-graphics.net/pub/1707/1707266rzpanswhs8.gif
http://dl6.glitter-graphics.net/pub/1707/1707266rzpanswhs8.gif
No comments:
Saturday, 3 November 2012
Definisi Pendidikan Khas
Sebelum saya berkongsi lebih banyak lagi maklumat berkaitan dengan Pendidikan Khas, moleklah kiranya saya berkongsi terlebih dahulu definisi Pendidikan Khas..Mungkin ramai yang diluar sana masih tertanya-tanya pendidikan khas tu pa erk??..ha..mai sini chek cerita noh..huhu
Definisi Pendidikan Khas
Pendidikan Khas adalah perkhidmatan atau kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalamai kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkahlaku, gangguan komunikasi, hilang pendengaran, hilang penglihatan, kecacatan fizikal dan juga golongan pintar cerdas..
Definisi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Kanak-kanak berkeperluan khas pula didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori, keupayaan komunikasi, tingkahlaku sosial, ataupun ciri-ciri fizikal..
Kategori Pendidikan Khas
Posted by
Unknown
at
21:17
http://dl6.glitter-graphics.net/pub/1707/1707266rzpanswhs8.gif
http://dl6.glitter-graphics.net/pub/1707/1707266rzpanswhs8.gif
No comments:
Subscribe to:
Posts (Atom)