Wednesday 7 November 2012

Jenis Masalah Pendengaran


Hai semua....

Untuk pengetahuan anda, saya telah mengambil pengkhususan Masalah Pendengaran pada semester ini.. Jadi, kebanyakkana entri saya dalam blog ini akan berkisar tentang Masalah Pendengaran lah ye..hehe

Ok..sebelum memulakan cerita saya yang panjang lebar ni, mari saya kongsikan dulu erti atau definisi Masalah Pendengaran.

Terdapat pelbagai istilah yang digunakan untuk merujuk golongan yang mengalami masalah pendengaran. Istilah-istilah yang sering digunakan ialah pekak dan bisu, cacat pendengaran, kurang pendengaran, tuli, kurang upaya pendengaran, pekak badak dan tuna pendengaran. Penggunaan istilah yang berbeza-beza ini telah menimbulkan kekeliruan kepada pelbagai pihak khususnya masyarakat. Walau bagaimanapun, istilah-istilah tersebut merujuk kepada kumpulan kanak-kanak atau pelajar-pelajar yang sama iaitu mereka yang bermasalah pendengaran

Masalah pendengaran sebagaimana yang didefinisikan oleh Akta Pendidikan Individu dengan Ketidakupayaan (Individuals with Disabilities Education Act, IDEA) bererti "masalah pendengaran yang sangat teruk sehingga kanak-kanak tidak berupaya memproses maklumat linguistik menerusi pendengaran sama ada dengan amplifikasi atau tidak yang seterusnya mengganggu pencapaian pendidikannya". Seseorang yang mengalami masalah pendengaran secara amnya akan menggunakan alat bantu pendengaran dan mempunyai sisa pendengaran yang mencukupi untuk membolehkannya berjaya memproses maklumat linguistik menerusi pendengaran. (Brill, MacNeil & Newman, 1986). 

Untuk pengetahuan anda, terdapat 3 jenis masalah penedengaran iaitu :


  • Masalah Pendengaran jenis Konduktif :
Merupakan masalah pendengaran yang berlaku akibat daripada wujudnya gangguan, halangan ataupun kerosakan pada bahagian telinga luar dan telinga tengah sahaja. Bahagian telinga luar masih berfungsi dengan baik serta dapat memproses serta dapat mengahnatar bunyi melalui saraf pendengaran ke otak..

  • Masalah Pendengaran Jenis Sensorinueral / Saraf :
Berlaku disebabkan oleh kerosakan yang berlaku di bahagian telinga dalam dan saraf pendengaran. Istilah sensorinueral merujuk kepada kerosakan yang berlaku pada sensori yang melibatkan koklea atau saraf yang menjadi laluan ke otak. Kehilangan pendengaran yang berlaku adalah bersifat kekal.

  • Masalah Pendengaran Bercampur
Melibatkan kehilangan pendengaran konduktif dan sensori nueral. Individu yang mengalami masalah pendengaran jenis ini tergolong dalam kategori sangat teruk dan perlu menerima pendidikan di sekolah pendidikan khas.




I Love Special Education ^__^

No comments:

Post a Comment