Sunday, 2 December 2012

Jenis Ujian Kehilangan Pendengran



Terdapat pelbagai bentuk ujian pendengaran yang digunakan oleh pakar perubatan mengikut keperluan dan kesesuaian kanak-kanak. Ujian tersebut dilakukan oleh ahli audiologi yang bertauliah menggunakan peralatan berteknologi tinggi.  Di bawah ini saya telah sertakan beberapa jenis ujian pendengaran sebagai rujukan bersama.. Selamat membaca :) ..




UJIAN PENDENGARAN


PENERANGAN



Crib-o-gram

Ujian ini dijalankan sebagai saringan dan digunakan di hospital bagi menguji kehilangan pendengaran pada bayi yang baru lahir atau sedang berada di dalam rawatan rapi. Ukuran yang terhasil tidak tepat kerana bayi yang baru lahir tidak bertindak balas pada bunyi perlahan contohnya bisikan. Ukuran yang diberikan daripada ujian ini sekadar memberi gambaran kasar tentang kehilangan pendengaran bayi


Behavioral observation audiometry (BOA)


Ujian ini dijalankan melalui pemerhatian tindak balas bayi terhadap bunyi


Ujian Sound Field


Memperkenalkan ujian pendengaran dari ransangan bunyi tanpa melalui earphone atau dalam keadaan terbuka.


Ujian play audiometry

Semasa ujian ini berlansung, kanak-kanak akan duduk bersama ibu atau individu lain yang rapat dengannya. Penguji akan menggunakan boneka untuk menarik pemerhatian kanak-kanak tersebut dan kemudian ransangan bunyi akan diberikan.


Ujian bunyi tulen (pure sound)

Ujian ini sesuai dijalankan kepada kanak-kanak yang berusia lebih dari 0 bulan. Hasil ujian ini boleh direkodkan dalam audiogram. ( bagi bayi yang berusia  0 – 24 bulan, alat yang dikenali sebagai  pediatric audiometer akan digunakan.


Visual reinforcement audiometry (VRA)


Ujian ini melibatkan pengukuhan tindak balas menggunakan ransangan penglihatan ( bagi bayi yang baru lahir )




Auditory brainstem response (ABR)

Ujian ini menggunakan ransangan mengenai laluan saraf pendengaran ( bagi bayi yang baru lahir )


Ujian Audiometer

Ujian ini boleh digunakan kepada kanak-kanak yang boleh memberi tindak balas ( umur 4 tahun ke atas ) dan orang dewasa. Alat yang digunakan ialah audiometer.  Dijalankan dalam bilik senyap oleh pakar. Ujian ini dapat mengukur kehilangan pendengaran yang tepat. Pesakit diperkenalkan dengan ransangan bunyi tulen pada frekuensi 250 Hz, 500 Hz, 1000 Hz, 2000 Hz, 4000 Hz dan 8000 Hz pada kekuatan bunyi dari 10 dB hingga 110 dB. Hasil ujian dapat menentukan kehilangan pendengaran sebenar.



















I Love Special Education ^__^

Bahasa Isyarat




Hari ni, sy nk kogsikan dengan kawan- kawan semua Bahasa Isyarat.. Macam mana nak wt huruf A-Z dan nombor 1-10 dalam bahasa isyarat..meh la tengok ramai2.. ;)


Ni untuk huruf A - Z..Mari kita blajar buat sama2 k..





Dah cuba buat blom huruf  di atas? Kalau sudah, mari kita buat nombor pulak.. Ikut contoh kat bawah ni ye.. ;)















I Love Special Education ^__^